Penganjur program motivasi ‘terlampau’ rupanya ahli keluarga orang politik?
Penganjur program motivasi rumah tangga eHati dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin sebuah parti pembangkang.
Menurut maklumat tular di media sosial, kakak Diyana Tahir merupakan pemimpin parti politik manakala abang iparnya pula seorang Ahli Parlimen.
Dalam hal berkaitan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah menasihati penganjur program itu pada 2022 susulan aduan yang dibuat bekas peserta.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berÂkata, aduan yang diteÂrima tersebut mengaitkan eHATI dengan beberapa isu yang disifatkan adalah tidak wajar dan tidak sesuai menjadi sebahagian modul dalam program.
Jelasnya, JAIS pernah memanggil individu terlibat dan menasihati mereka mengenai perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan.
BACA JUGA Mengejutkan program motivasi rumah tangga didakwa ajar wanita jadi ‘terlampau’