Bersatu ada DNA pengkhianat

Kepimpinan Bersatu didakwa mempunyai DNA pengkhianat, kata seorang pemimpin Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi berkata demikian sebagai reaksi kepada keengganan ketua Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan bekerjasama dengan GRS di dalam PRN Sabah.

“Semua pemimpin utama dalam Bersatu ada DNA Pengkhianat,” kata Puad dalam satu hantaran Facebook.

“Sebenarnya Bersatu itu lagi kuat mengkhianati rakan kongsi. Sebab itu di Sabah tidak ada parti yang mahu berkawan dengan Bersatu.

“Di PRN Sabah 2021, UMNO jadi mangsa Bersatu. Mereka sokong calon parti bebas seperti apa yang berlaku di DUN Kemabong.

“Bukan itu sahaja Muhyiddin sendiri mengkhianati Tun M melalui langkah Sheraton. Maka siapa yang mahu berkawan dengan Bersatu, kecuali Pas.”

GRS yang menjadi kerajaan di Sabah terdiri daripada bekas anggota Bersatu.

BACA JUGA: MB Pas ini rupanya tunggu Tun M kayuh basikal