‘Saya banyak dapat manfaat dari negara ini’, netizen gelar Tun M Bapa Ber’daddykasi’
Pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dirinya banyak mendapat manfaat dari negara ini dilihat menarik perhatian orang ramai di media sosial.
Manfaat itu, jelasnya yang sudah berusia 100 tahun, merupakan sebab beliau mengambil berat secara aktif terhadap kesejahteraan negara ini.
Kenyataan bekas Perdana Menteri berkenaan menerusi hantaran di aplikasi X malam tadi mengundang sindiran netizen termasuk menggelarkannya sebagai Bapa Ber’daddykasi’.
“Saya ditanya kenapa saya terlalu ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini, Malaysia.
“Maksud mereka, kenapa saya tak bersara sahaja. Saya ni dah tua. Biar orang muda ambil alih.
“Jawapan saya — kenapa pula saya tak patut ambil peduli? Saya orang Malaysia. Saya orang Melayu.
“Ini negara saya. Saya lahir di sini. Saya membesar di sini. Dan saya banyak dapat manfaat dari negara ni,” katanya.
Justeru, Mahathir berkata, tentulah beliau tidak bersyukur jika tidak ambil peduli langsung mengenai negara yang sudah memberinya kehidupan yang selamat dan terjamin.
Gelaran Bapa Ber’daddykasi’ itu dipercayai berkaitan dengan jumlah harta dua anak Mahathir iaitu Tan Sri Mokhzani dan Mirzan yang mencecah lebih RM1.2 bilion.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu mendedahkan jumlah harta itu antaranya membabitkan pegangan aset dan saham.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan kepadanya, Mokhzani memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan sebanyak RM246.2 juta.
BACA JUGA ‘Penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia’, ramai teruja gimik PM Anwar