Ini senarai 13 penerima Biasiswa Agong 2025
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan majlis penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 di Istana Negara kepada 13 penuntut institut pengajian tinggi (IPT).
Mereka terdiri daripada dua pelajar universiti luar negara manakala lima penerima merupakan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tiga penerima dari Universiti Malaya (UM), dua penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang lagi pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dua penerima biasiswa bagi pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Farmakologi dan Farmasi ialah Mohamad Fariz Haiqal Mohd Ruslan yang melanjutkan pengajian di King’s College London, United Kingdom (UK) dan Karen Low Ka Ling di UKM.

Turut bertuah menerima biasiswa PhD ialah Muhammad Hamizan Zawawi (Biologi, USM; Muhamad Aiman Hakim Nor Khalid (Matematik dan Statistik, UKM); Sarah Dania Mohd Kahar (Undang-undang Komersial, UM dan Teoh Shu Jou (Pengurusan Data, UM).
Selain itu, Ahmad Firdaus Ahmad Sukri (Bioteknologi, USM); Nurul Angelyn Zulhairy Liong (Genetik dan Pewarisan, UM); Nur Zakirah Jasni (Sains Veterinar, University of Melbourne, Australia) dan Nurfatima Azzahra Fadli (Biokimia, UKM).
Tiga penerima BYDPA yang melanjutkan pengajian pada peringkat peringkat sarjana (penyelidikan) ialah Fatini Nadiah Mohammad Zamzami (Biokimia, UKM); Tiew Siew Jin (Bioteknologi, UPM) dan Yugashini P Muhilan (Biomedical Materials, UKM).
Biasiswa berprestij negara itu diperkenalkan pada 2006 bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam akademik dan aktiviti kokurikulum seperti aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau dalam penghasilan kerja mengandungi elemen kreatif serta inovatif.
Sehingga kini, sebanyak 20 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 225 penerima iaitu 117 orang pada peringkat PhD dan 108 orang peringkat sarjana.
Mereka terbabit menerima penajaan pengajian dalam bidang ekonomi, undang-undang, sains dan teknologi, kewangan Islam serta kecerdasan buatan (AI).
BACA JUGA Selepas selamba ‘petik’ nama Majlis Raja-Raja, penyokong Pas ini akui kongsi info tidak sahih