Kenali Ketua Hakim Negara ke‑17
Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Wan Ahmad Farid, 62, dilahirkan Kuala Terengganu, Terengganu pada 13 November 1962.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dari University of West London (UK) dan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 16 Disember 2015.
Selepas berkhidmat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kota Bharu hingga 2019, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi bermula 8 Ogos 2019 sehingga 2024 dan bertugas di beberapa tempat termasuk di Bahagian Kuasa Khas.
Kerjaya kehakiman Wan Ahmad Farid terus berkembang apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 November 2024.
Tokoh kehakiman tertinggi berkenaan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu pada 2001.
Bekas Senator Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Disember 2005 ini juga pernah menduduki jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah Kabinet Abdullah Badawi dari Mac 2008 hingga April 2009.
Pada Januari 2009, beliau mencuba nasib bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu tetapi tewas kepada calon Pas.
BACA JUGA Sah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh jadi Ketua Hakim Negara