‘Pembangkang boleh tutup buku dah’
Oleh MOHD FITRI ASMUNI
Alhamdulillah, hari ini terjawab sudah teka-teki siapa Ketua Hakim Negara (KHM) yang baru.
Pelantikan ini dibuat mengikut proses yang betul mengikut Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada apa-apa isu daripada segi prosedur.
Ketika perundingan dibuat dengan Majlis Raja-Raja, Menteri Besar negeri-negeri pembangkang pun turut hadir dalam rundingan. Ertinya, proses dibuat secara terbuka dan tanpa sorok-sorok.
Jika proses pelantikan yang sebegitu pun pembangkang masih nak tuduh PMX campur tangan, pembangkang memang bermasalah dan terdesak.
Secara peribadi, hakim-hakim yang dilantik kali ini memang berpengalaman luas. Tidak ada kontroversi, semua ada rekod yang baik.
Mereka juga pernah berkhidmat sama ada sebagai peguam atau dalam Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum menjadi hakim. Satu kombinasi pengalaman yang sangat berguna.

Cuma yang menariknya, KHM yang baharu ni ada pengalaman dalam eksekutif dan pernah terlibat secara aktif dengan politik sebagai Senator, Setiausaha Politik kepada Pak Lah, dan Timbalan Menteri KDN.
Sesetengah orang tidak kisah, tapi ada juga yang risau. Itu biasa. Kita raikan. Ia bergantung pada cara kita menilai.
Kalau kita nak sentuh isu latar belakang politik beliau, dulu Tun Zaki Azmi pun dilantik jadi KHM walaupun beliau bekas orang kuat UMNO.
Pernah jadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Setiausaha Pemilihan dan Panel Rayuan UMNO.
Bukan kecik anak punya peranan.
Memang ada kritikan, tetapi beliau buktikan tiada kontroversi besar yang berlaku semasa beliau jadi KHM.
Ketua Hakim Negara yang baru ini tidak berselindung. Beliau sendiri secara terbuka akui latar belakang politik beliau, dan bila ada kes melibatkan Najib, beliau tarik diri dengan alasan yang sangat jelas.

Kata beliau:
“It is public knowledge that before being appointed to the bench, I was an active politician and, at one time, a member of the administration and the Dewan Negara.
“However, I have to also put on record that one of my immediate family members is a very active politician, a divisional leader in the same political party as the appallent.
“The public perception of the independence of the judiciary should not be put in doubt. It is not a matter of trial and error. An independent judiciary is a precious gift to any society. Once it is lost, anarchy reigns”.
Ayat beliau ini cukup “deep”. Keputusan beliau menarik diri daripada mendengar kes Najib sedikit sebanyak menunjukkan integriti dan prinsip beliau yang tinggi dalam mempertahankan kebebasan badan kehakiman.
Ini saya sokong. Beliau tidak konar-konar tapi straight to the point.
Cabaran besar
Apapun, sejarah latar belakang politik, beliau sebenarnya memberi satu cabaran besar untuk membuktikan integritinya sebagai Ketua Hakim Negara, terutamanya melibatkan kes-kes politik. Rakyat akan sentiasa memerhati dan menilai.
Dari sudut positif pula, pengalaman luas KHN dalam bidang eksekutif sebagai Senator, Supol dan Timbalan Menteri memberi “plus point” dan nilai tambah pada beliau dalam menilai dan membuat keputusan.
Senang cakap, jangan kelentong dia lah. He knows in and out how executive functions.
Berkaitan dengan kontroversi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan itu, kita serahkan kepada badan kehakiman sendiri untuk mengendalikan urusan dalaman mereka mengikut neraca undang-undang di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Apapun, tahniah diucapkan kepada YA Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, YA Datuk Abu Bakar Jais dan YA Datuk Azizah Nawawi atas pelantikan dan tanggungjawab yang diberikan.
Semoga Allah SWT sentiasa memandu mereka dalam menjalankan tugas berat yang diamanahkan kepada mereka.
Isu ini pembangkang boleh tutup buku dah.
BACA JUGA Ini yang patut difahami di sebalik pelantikan Ketua Hakim Negara baharu