Kita tak boleh halang kalau PN nak berangan, balas Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak boleh menghalang sekiranya Perikatan Nasional (PN) mahu berangan kononnya parti itu mempunyai rekod pentadbiran lebih baik berbanding Kerajaan Perpaduan.

Tetapi kata Ahmad Zahid, kerajaan yang dipimpin PN sebelum ini sudah pun terbukti gagal dan tidak wajar dibiarkan keadaan sama berulang kembali.

“Kita tidak boleh menghalang seseorang itu untuk berangan-angan, angan-angan itu tidak perlu dibayar.

“Tapi cukuplah rasanya, kerana ketika beliau mentadbir dahulu, kerajaan beliau dikenali sebagai kerajaan gagal. Janganlah ulangi kegagalan itu semula,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tampin hari ini.

Respon Ahmad Zahid itu sebagai membalas dakwaan Mahiaddin bahawa PN mempunyai rekod dan pengalaman lebih baik ketika mentadbir negara semasa era pandemik Covid-19.

BACA JUGA Pempengaruh ‘hilang’ rupa-rupanya lari ke negara jiran, berkomplot buat laporan palsu