Empat kawasan di dua negeri, udaranya tak sihat

Sebanyak empat kawasan di dua negeri mencatatkan kualiti udara tidak sihat di dalam indeks kualiti udara (API).

Kesemuanya mencatatkan bacaan melebihi 150 di dalam API.

Banting dan mencatatkan bacaan sebanyak 151 mata manakala Johan Setia 155 mata di dalam sistem pengurusan indeks pencemar udara (APIMS) untuk negeri Selangor.

Port Dickson dan Nilai di Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan 153 mata dan 156 mata.

Bacaan di antara 101 hingga 200 dianggap tidak sihat.

Sebanyak 57 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana.

Hanya enam kawasan mencatatkan bacaan API yang baik dan kesemua enam kawasan tersebut terletak di Sabah dan Sarawak.