Demi perkembangan Islam, ekonomi, kekalkan pentadbiran Anwar Ibrahim, tegas Syeikh Wazir
Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menegaskan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan demi perkembangan Islam dan ekonomi di negara ini.
Kita di Malaysia ini lima tahun satu kerajaan, (kadang-kala) dua atau setahun satu kerajaan.
“Dasar berubah menyebabkan pondok pun lemah dan malap. Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya dalam ceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.
Menurut Wazir, kehadiran ramai dalam program keagamaan itu menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada pimpinan Anwar yang mengetuai kerajaan perpaduan sejak penghujung 2022.
“Insya-Allah semua rintangan dan cabaran di negara ini dapat diselamatkan.
“Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) dapat diselamatkan,” katanya yang turut mengimbau perkenalannya dengan Anwar yang telah lama wujud.
Kenyataan beliau ini merupakan satu tamparan hebat buat Perikatan Nasional yang terlibat dengan Himpunan Turun Anwar.
Ini kerana Syeikh Wazir juga merupakan individu yang rapat dengan pimpinan Pas Kelantan. Beliau juga antara tiga ulama yang paling berpengaruh di Kelantan.
Belau sering mempengerusikan ulama -ulama pondok yang menyokong Pas.
Beliau juga ulama yang berada di belakang Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Mohamad Nassuruddin Daud dan mengetuai ulama Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB).
Semua sekolah pondok di Kelantan berada di bawah PPPB.
Ekoran daripada kenyataan beliau, sekarang menyebabkan Pas terbahagi kepada dua. Satu akan menghadiri Himpunan Turun Anwar. Satu lagi, enggan berbuat demikian.
BACA JUGA: Pas kutip derma ketika himpunan di Kedah cetus pertikaian