Pas perkecilkan pandangan Syeikh Wazir

Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah memperkecilkan penegasan Timbalan Pengerusi Jabhab Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Awang Al- Makki Hafizahullah.

“Itu pandangan peribadi beliau,” kata Tuan Ibrahim.

“Kalau tukar lain (perdana menteri) mungkin lebih baik ekonomi, dari segi itu itu kita ada pakar-pakar kemuka pandangan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Selangor.

Semalam Syeikh Wazir menegaskan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikekalkan demi perkembangan Islam dan ekonomi negara.

“Kita di Malaysia ini lima tahun satu kerajaan, (kadang-kala) dua atau setahun satu kerajaan.

“Dasar berubah menyebabkan pondok pun lemah dan malap. Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya dalam ceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

Pendirian Syeikh Wazir bertentangan dengan Pas yang turut menyertai Himpunan Turun Anwar pada minggu ini di Kuala Lumpur.

Syeikh Wazir merupakan tokoh ulama tersohor di Kelantan yang rapat dengan Menteri Besar Kelantan dan Pas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam acara berlainan mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan sekiranya mahu beliau meletakkan jawatan.

BACA JUGA: Demi perkembangan Islam, ekonomi, kekalkan pentadbiran Anwar Ibrahim, tegas Syeikh Wazir