RM10 juta: Cadangan tawaran hadiah untuk mengesan Jho Low

Adun Rawang Chua Wei Kiat menggesa kerajaan menawarkan hadiah RM10 juta kepada sesiapa yang dapat mengesan individu utama yang bertanggungjawab kepada skandal 1MDB – Low Taek Jho atau Jho Low.

Beliau berkata Jho Low perlu pulang agar penyiasatan dan pendakwaan berkaitan 1MDB boleh dibuat secara menyeluruh.

“Ia akan membantu mencegah keputusan DNAA daripada berlaku sekali lagi hanya kerana ketiadaan saksi dan bukti yang tidak mencukupi.”

“Saya mencadangkan jumlah yang ditetapkan pada RM10 juta yang bersamaan 0.0.35 peratus daripada keseluruhan dana 1MDB yang telah dikesan setakat ini,” katanya.

Beliau menambah kaedah pemberian hadiah mempunyai duluan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, China dan India untuk mengesan penjenayah, pengganas atau individu yang terlibat di dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Baru-baru ini wartawan penyiasatan Bradley Hope dan Tom Wright telah mendakwa bahawa Jho Low dikesan di Shanghai menggunakan passport Australia dan bekerja sebagai strategis belakang tabir untuk China.

Jho Low menggunakan nama Greek Veis Constantinos Achilles.

BACA JUGA: Pas kutip derma ketika himpunan di Kedah cetus pertikaian