Pembangkang hasut mahasiswa sertai himpunan Turun Anwar, ini pendirian tegas MPP UUM

Pembangkang dilihat cuba menghasut mahasiswa universiti awam untuk menyertai Himpunan “Turun Anwar”.

Walau bagaimanapun, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) menzahirkan pendirian jelas menolak sekeras-kerasnya penyertaan dalam himpunan tersebut.

Menerusi kenyataan media pemimpin mahasiswa universiti itu, mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang berpotensi mencetuskan ketidakstabilan serta merosakkan keharmonian negara.

“Kami berdiri teguh menyokong prinsip-prinsip demokrasi, reformasi berfasa dan nilai-nilai Malaysia MADANI yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri,” menurut MPP UUM lagi.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata memuji pendirian penuntut UUM termasuk menyifatkan mereka sebagai benar-benar cerdik.

“Ini baru betul ulasan yang matang dan berfikiran jauh. Tahniah, suara mahasiswa nadi ummah, bukan boneka partisan.

“Tahniah MPP UUM, anda mahasiswa bijak menilai politik murahan dengan semangat cintakan kestabilan dan majukan negara.

“Apabila golongan cerdik pandai bersuara. Terbaik MPP UUM. Anda mahasiswa harapan negara Malaysia tercinta,” demikian antara komentar warganet.

BACA JUGA Mahu sumbang tenaga kepada negara dan bangsa, ramai nasihat berehat layani keluarga