Sekali diumum pengumuman penghargaan, rakyat Malaysia dapat 5 berita baik dari PMX

Bukan satu atau dua pengumuman penghargaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. Keseluruhannya ada lima pengumuman penghargaan.

“Bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025.”

Kedua, sempena Hari Malaysia pada 16 Sept, 15 Sept telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan

Ketiga, peruntukan Jualan Rahmah Madani telah ditingkatkan sekali ganda kepada RM600 juta.

Keempat, kenaikan kadar tol telah ditangguhkan dengan kos RM500 juta.

Kelima adalah berkenaan harga petrol RON95.

“Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.”

Penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan pada bulan September.

BACA JUGA: Anwar saksi perjalanan seni kartunis ini