Rakyat tarik nafas lega, limpahan ekonomi beri banyak manfaat
Oleh LIYANA MARZUKI
Minggu lepas kita dapat poster. Ada pengumuman besar untuk rakyat dan negara. Lilbirds saya berciapan.
Macam-macam teori, macam-macam harapan. Saya tak berapa kuasa nak layan.
Saya percaya timing yang dibuat, ketika seorang Thanos sedang jadi mastermind nak jatuhkan seorang lagi Perdana Menteri, si dia ini sedang membaca rapi.
Apa saja yang dia akan umum, sudah pasti akan berbentuk populis.
Dari hari ke hari, kita tunggu punya tunggu. Semalam dia umum. Dalam banyak benda, ada dua perkara major saya nak bedah lanjut:
1) RON95 turun RM1.99 untuk warga Malaysia sahaja
✅ Fakta:
📌Harga petrol turun RM0.06. Antara terendah di Asia Tenggara.
📌Subsidi kekal, tapi disasarkan.
📌Warga asing dan penyeludup bayar RM2.50 (harga pasaran).
Bagi saya, inilah perkara yang paling mengejutkan dan di luar jangkaan. Reverse psychology at its best.
Dalam pada orang menyumpah sebelum ini, subsidi T20 nak ditarik. Tiba-tiba beliau beri harga minyak rendah lagi.
Tak sampai 33 bulan, propaganda “Anwar naik, minyak turun” sudah tak boleh guna.
Ini polisi kasi terciduk namanya.
Dari segi politik, ini A+. Rakyat tarik nafas lega.
Strategically, polisi ini boleh selamatkan beliau pada pilihan raya akan datang.
Dari segi ekonomi pun sound juga. Ia satu reformasi ekonomi, hatta kecil tapi ada.
Menunjukkan kerajaan ini tidak gopoh, sensible ke atas impak kepada rakyat.
Pada masa sama, pelabur nampak ada juga daya nak betulkan fiskal negara.

2) RM100 untuk semua – Bantuan tunai sekali sahaja untuk semua
✅ Fakta:
📌Pertama kali dalam sejarah negara, 22 juta rakyat dewasa akan terima tunai untuk belanja.
📌Disalur terus ke MyKad — tak boleh disalahguna, tak boleh disalahbagi.
📌Hanya boleh dibelanjakan untuk barangan asas.
Ini sebabkan suntikan RM2 bilion ke dalam ekonomi tempatan. Galak perbelanjaan rakyat tak kira marhaen atau kayangan. Kesan limpahan kepada ekonomi itu besar.
Bukan cash is king secara simbolik untuk kesetiaan. Tapi semua rakyat boleh terlibat dalam reformasi. Berbelanja dalam ekonomi.
Nilai simboliknya — cukup kecil untuk tidak membebankan fiskal, namun cukup besar untuk menyentuh 22 juta hati.
Ini terkecuali yang nak berhimpun Sabtu nanti (disclaimer siap-siap).
Secara keseluruhannya, dasar ini kecil, tapi sampai. Ia populis, tapi terkawal.
Tunjukkan bahawa walaupun kerajaan mula-mula mengambil daripada kita, tapi ia juga sudah mula memberi.
Si dia mungkin populis. Tapi kalau menjadi populis itu membuatkan rakyat mendapat manfaat, kita layankan.
Kita tak perlu taksub. Tapi kalau kita boleh guna si populis ini untuk desak dasar lebih adil, lebih berani, maka kita terima seadanya.
Kerajaan bukan untuk disembah tapi kalau dasar turun ke bumi, kita wajib kenal dan hargai.
BACA JUGA Selepas sedekad, kali pertama harga RON95 bawah RM2 di tengah cabaran global