Nurul Islam Pas disiasat MCMC, ramai suka nasihat Louis Martin

Seorang pemimpin Pas memberitahu dirinya disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pagi ini.

Nurul Islam Mohamed Yusoff yang merupakan Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi parti pembangkang tersebut memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook.

“Saya kini berada di pejabat MCMC untuk siasatan mengenai hantaran sosial media saya. Doakan saya,” katanya.

Dalam tempoh kira-kira sejam dimuatnaik, sebanyak 630 meninggalkan tanda ‘suka’ selain terdapat 133 komentar.

Paling menarik perhatian komentar berupa nasihat daripada pengguna Facebook Louis Martin.

Beliau berpendapat hantaran di media sosial yang selalu mengandungi sentimen benci dan hina perlu diambil tindakan yang sewajarnya.

“Harap jadi iktibar kepada semua. Jangan salah gunakan media sosial untuk tanam kebencian antara rakyat.

“Fahaman politik yang berbeza tidak mengapa, itu biasa tapi menabur fitnah dan mencaci ketua negara adalah satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Mana-mana agama pun tidak mengajar kita buat demikian,” nasihatnya yang meraih banyak tanda suka netizen.

Dalam masa sama, Martin menyeru agar semua pihak menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI sedia ada untuk menjalankan tugas sepanjang tempoh yang ditetapkan.

“Marilah kita mumupuk semangat nasional. Kalau tak suka kerajaan sekarang dan tak puas hati, tunggu PRU-16 dan laksanakan tanggungjawab ikut kehendak fahaman politik dan sokongan masing-masing.

“Jangan porak-perandakan situasi. Hidup rakyat dan hidup Malaysia. Negara maju dan bersih dari korupsi, rakyat sejahtera,” kata Martin lagi.

BACA JUGA Empat negeri pembangkang paling tinggi kadar guna SARA