‘Bila ya Indonesia nak buat macam Malaysia’, tanya Tiktokers Indo selepas pengumuman PMX
Pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, malah turut mencuri tumpuan warga maya dari negara jiran, Indonesia.
Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengumumkan bantuan tunai RM100 serta penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter mulai September.
“Ternyata di Malaysia hari ini ramai yang seronok kerana ada berita pengumuman penghargaan luar biasa oleh Perdana Menterinya. Keren banget rakyatnya diberikan penghargaan oleh negaranya,” ujar seorang TikToker Indonesia dalam videonya.
“Kalau tidak salah tadi aku baca dapat RM100. Terus katanya ada penurunan harga minyak RM1.99 untuk rakyat Malaysia. Kira-kira Indonesia kapan ya buat begini?” tambahnya lagi sambil memberitahu di komen bahawa negaranya masih sibuk dengan korupsi yang tidak habis-habis.
Ruangan komen pengguna itu dibanjiri komentar dari rakyat Malaysia dan Indonesia.
Banyak reaksi bercampur diberikan masyarakat tempatan yang antaranya memuji inisiatif kerajaan, dan tidak kurang juga mengkritik pengumuman penghargaan tersebut.
Pun begitu netizen mengakui bantuan diumum Perdana Menteri semalam sedikit sebanyak membantu meringankan belanja bulanan mereka.
“Saya bersyukur dapat RM100. kalau campur dengan suami dapat RM200. Lepaslah nak buat belanja untuk satu bulan,” komen Nur Abdullah.
BACA JUGA MB SG4 beri apa untuk kurangkan beban rakyat?