PN mahu rujuk PMX kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat atas alasan ini

Perikatan Nasional (PN) mahu rujuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat berhubung dengan kes Batu Puteh.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menghantarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) atas tuduhan bahawa PMX telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Ia ekoran pengumuman Anwar bahawa kabinet memutuskan untuk tidak mengambil langkah undang-undang ke atas mantan perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut terbabit dalam kes Pulau Batu Puteh berdasarkan faktor usia.

Takiyuddin mendakwa Anwar mengelirukan Dewan Rakyat dengan memberikan gambaran bahawa bahawa kuasa mendakwa Mahathir terletak di tangan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dan bukannya Peguam Negara.

Pada tahun lalu sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mendapati Mahathir telah bertindak dengan sengaja mempengaruhi Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan permohonan semakan berhubung kedaulatan Batu Puteh pada tahun 2018 meskipun pakar runding antarabangsa berkata permohonan tersebut boleh dimenangi.

RCI tersebut turut mengesyorkan agar laporan polis dibuat terhadap Mahathir di bawah seksyen 415(b) Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mahathir bagaimanapun bersedia untuk dihadapkan ke mahkamah.

BACA JUGA: Jangan pandang remeh bantuan RM100, orang kampung perlukannya