‘Hampa boh dia macam-macam, dia layan hampa elok, malu alah wei’
Perdana Menteri menarik perhatian orang ramai apabila beliau tetap mesra menyantuni individu yang sebelum ini dikenali lantang mengkritiknya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sempat berjenaka dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika lawatan ke projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima kali dua tahun di kawasan MADA.
Menerusi rakaman video yang tersebar, Anwar berseloroh dengan Sanusi yang kelihatan sibuk mengunyah makanan yang diletakkan di atas tisu.
Sebelum menaiki kenderaan untuk meninggalkan lokasi program, Perdana Menteri sekali lagi melawak berharap Sanusi tidak pergi ke Kuala Lumpur esok dipercayai merujuk kepada perhimpunan pembangkang.
“Hampa tahan Sanusi jangan bagi dia pi Kuala Lumpur,” gurau Anwar sebelum disambut Sanusi yang masih menatang makanan di atas tisu.
Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) secara spontan menjawab, “tak jadi turun (ke Kuala Lumpur)” kerana mahu menghabiskan makanan itu.
Rata-rata memuji pendekatan positif Anwar yang disifatkan mencerminkan akhlak Islam sebenar.

“Suka lihat PMX menyantuni insan yang sentiasa menghinanya. Inilah cara Islam yang sebenar, walau sering dihina jangan dibalas dengan hinaan, santuni dengan akhlak yang baik,” tulis Fadhli Arfanuddin.
Sementara itu, pemilik akaun Facebook atas nama Mien Meyyo berkata, “Hampa boh dia macam-macam. Dia layan hampa elok. Kalau aku, malu alah wei.”
Dalam masa sama, netizen turut menyindir Sanusi agar bersuara secara bersemuka dengan Anwar susulan perhimpunan anti kerajaan di ibu negara esok.
“Dah depan-depan tu, hang cakaplah suruh (Anwar) letak jawatan nusi woi. Tak payahlah susahkan walaun turun KL jauh-jauh nun! Hang ni!” tempelak Noor Azree Hussin pula.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA MB Kedah ketawa besar di sebelah PM Anwar