Catatan penjawat awam tentang PMX, ‘kami nampak siapa buat kerja, siapa adu domba’
Catatan dari seorang penjawat awam tentang PMX
Hari itu aku ada berbual dengan seorang rakan yang juga merupakan anggota Pas sejati dari dulu. Kami berbual santai mulanya, tapi kemudian topik perbualan kami berpindah kepada isu-isu semasa.
Dalam kesempatan itu, aku bertanyakan pada dia apakah kerajaan hari ini bertindak secara sepatutnya dalam beberapa dasar, dan apa kejayaan PMX sebagai ketua kerajaan dan perdana menteri yang kau nampak paling berjaya.
“Tak pasti bro, tapi yang aku nampak dia berjaya popularkan perkataan ‘ketimbang’ dan ‘potensi’”, kata beliau spontan.
Aku pun macam terpaku sekejap (sambil ketawa) sebab aku rasa dia antara kawan aku yang paling pandai.
Beliau graduan Universiti Al Azhar dan sekarang salah seorang tenaga pengajar di sebuah pondok di utara tanah air.
Namun, respon sinikal seperti itu buat aku terfikir dan risau dengan keadaan negara di masa hadapan sekiranya tahap pendidikan politik di negara ini jauh merudum berbanding rakan-rakan dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Namun, aku tak putus asa, dan aku sambung mengasak beliau dengan soalan seterusnya.
“Kau ingat tak dulu masa mula-mula PMX usulkan untuk menarik semula subsidi ayam dan telur?”.
Dia respon, “ya, ingat je semua kezaliman Anwar, sedangkan ayam dan telur dikira makanan basic juga di Malaysia, pun dia sanggup tarik”.
Aku jawab, “ya, betul tapi bukankah PN dan cybertroopers mereka mati-mati kata harga kedua-dua makanan asas tersebut akan naik mendadak sekiranya ditarik subsidi? Tapi hari ini bekalan ayam dan telur stabil, dan harga kekal rendah. Kadi macam mana keadaan sebenar hari ini jauh menyimpang dari dakwaan Pas dulu?”.
Aku lihat muka dia berkerut, dan seolah gelisah memikir jawapan balas kepada aku.
“So, kau tak ada jawapan kenapa?”, aku terus mengasak. “Cuba kau semak balik kenyataan PMX atau Mat Sabu (menteri yang bertanggungjawab jaga ayam dan telur) masa mula-mula mereka mencadangkan perkara tersebut”.
Biar aku senaraikan di sini.
1 Sejak tahun 2022, kerajaan telah membelanjakan sekitar RM3.7–RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur, namun ia turut dinikmati oleh golongan yang tidak layak seperti warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
2 Harga pasaran ayam dan telur telah stabil dan berada di bawah harga siling, menjadikan kawalan harga sudah tidak lagi relevan.
3 Pelaksanaan harga apungan membolehkan pasaran berfungsi secara bebas, dan menggalak pembekal serta peniaga bersaing kadar harga yang akhirnya menguntungkan pengguna iaitu rakyat.
4 Penjimatan hasil rasionalisasi subsidi ini akan disalurkan semula kepada program bantuan bersasar, seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lebih memberi manfaat kepada golongan B40.
Jadi kesimpulannya, bila ada kuasa, inilah yang sepatutnya dilakukan, iaitu menyemak semula dasar-dasar lama yang tak lagi efektif untuk keadaan dan tuntutan ekonomi semasa. Bukan pertahan secara semberono.
Aku yakin PMX boleh saja teruskan dasar yang tak berkesan dan populis ini semata untuk tidak menerima kecaman dari orang ramai dengan buat saja hutang baru untuk tampung subsidi sebesar ini.
Tapi atas dasar tanggungjawab, maka ia harus diperbetulkan demi negara dan anak cucu kita di kemudian hari.
Kalau di tempat PMX pun, aku tak pasti seberani dan sekental beliau sebab berkemungkinan besar aku takkan lagi popular di mata rakyat. Padahal boleh saja dia pentingkan diri dan pilih jalan populis. Ini kerja gila, wahai PMX!
Ia mengingatkan aku pada satu ungkapan oleh Perdana Menteri Britain era Perang Dunia iaitu Sir Winston Churchill yang berbunyi begini: “The difference between a politician and a statesman is that a politician thinks about the next elections, while the statesman thinks about the next generation.”
Ia mengingatkan aku juga pada pesan Al Quran dalam Surah Al Araf, ayat 56,
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
Sebagai penjawat awam yang telah berkhidmat hampir 12 tahun di Kementerian Pertanian dan tak pernah sukakan Anwar dan kumpulannya, namun kini pemikiran aku sudah mula berubah.
Dan aku mula memerhati rapat, cuba memahami langkah dan strategi beliau dalam mengurus ekonomi negara. Dalam Islam, keadilan itu bermakna meletakkan semula sesuatu itu di tempatnya. Dan ini yang sedang dilakukan PMX.
Malah, aku belum jumpa satu orang pun dari kalangan pemimpin belah sana yang boleh memberi hujah balas untuk menukar pendirian dan pandangan aku terhadap PMX dan Kerajaan setakat ini.
Cybertroopers belaan apatah lagi, di semua media sosial mereka, belum mampu ketengahkan hujah balas kepada kami yang boleh dikatakan golongan atas pagar memerhati yang juga mahu lihat alternatif kepada Kerajaan.
Sorry to say, golongan macam kami mungkin tak bersuara banyak tapi kami tajam dalam memerhati siapa yang sembang saja dan siapa yang betul-betul buat kerja untuk negara.
Siapa yang adu domba 24/7, dan siapa yang berusaha betulkan kerosakan yang sekian lama dibiarkan.
By now, kalian dah patut tahu aku akan mengundi pihak mana pada PRU akan datang. Aku dah faham sekarang.
Asif (bukan nama sebenar)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BACA JUGA ‘Dah tiga tahun kata nak bawa usul undi tak percaya, silakan bawa…’ – Anwar