Ini dia usaha kerajaan untuk sektor pelancongan
Kerajaan pusat akan membangunkan zon pelaburan pelancongan khas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak untuk membangunkan sektor pelancongan negara.
Ia akan dibangunkan secara Bersama oleh kerajaan negeri dan sektor swasta sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka menyumbang 16% KDNK negara.
“Zon-zon ini akan menjadi pemangkin untuk hasil pelancongan baharu berdasarkan nilai warisan budaya dan artistic dan juga kawasan persekitaran seperti tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Lenggong, dan Gua Niah yang diiktiraf UNESCO,” kata Anwar.
Pada masa sama, industri inap desa akan diberi suntukan agar kawasan desa tidak ketinggalan.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-13.
BACA JUGA: Ini jumlah wang untuk RMK13