Tarif Malaysia turun dari 25% ke 19%”, panggilan telefon PMX mungkin ubah keputusan Trump
Keupayaan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi terbukti apabila Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pengurangan tarif timbal balas ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada hanya 19 peratus.
Pengumuman itu dimuktamadkan melalui dokumen pelarasan tarif bertarikh 31 Julai 2025 yang ditandatangani Presiden AS, Donald Trump, dan telah dimuat naik di laman rasmi Rumah Putih.
Panggilan telefon antara Anwar dan Trump semalam menjadi faktor penentu dalam perubahan besar itu, lapor Agensi.
Ia perkembangan yang dilihat sebagai kejayaan diplomasi peribadi Anwar berdepan seorang Presiden AS yang terkenal dengan dasar keras dan sukar berkompromi.

Pelarasan terkini itu menyaksikan kadar tarif Malaysia sama dengan negara jiran Indonesia dan Thailand.
Keputusan ini bukan sahaja mengangkat kedudukan Malaysia di mata dunia, malah membuktikan pengaruh politik dan kepimpinan Anwar di pentas antarabangsa.
Langkah tersebut dijangka memberi suntikan baharu kepada eksport Malaysia, mengukuhkan daya saing industri tempatan di pasaran AS, selain menolak persepsi bahawa negara tidak mampu menangani tekanan daripada kuasa besar dunia.
BACA JUGA Pas sucikan Ramasamy, ‘Qunut Nazilah’kan PMX