Malaysia berjaya runding penurunan tarif AS tanpa jejas kedaulatan negara
Malaysia berjaya mencapai persetujuan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan kadar tarif balas terhadap eksport negara daripada 25 peratus kepada 19 peratus, bermula 1 Ogos 2025.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setelah mengadakan rundingan yang kompleks sejak 6 Mei 2025, AS telah bersetuju untuk menurunkan tarif timbal balas.
Katan beliau, kejayaan rundingan yang dimulakan sejak 6 Mei lalu itu membuktikan kekuatan hubungan ekonomi dua hala serta kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai.
“Kita bersyukur rundingan tarif antara Malaysia dan AS akhirnya membuahkan hasil positif.
“Apa yang sama penting, penurunan tarif ini dicapai tanpa menjejaskan kedaulatan negara kita, membolehkan kita terus melaksanakan dasar-dasar penting untuk menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut beliau, kementeriannya akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi memastikan kesan tarif ini dapat diminimumkan, selain meneroka peluang baharu untuk syarikat Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau pada sama sama turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut.
“Bersama-sama, kita akan terus memacu potensi global Malaysia,” katanya
BACA JUGA MP Pas mahu hantar LOD kepada dua orang ini, dakwa banyak kumpul bahan bukti