AMANAH kehilangan peguam, aktivis hebat bila Hisham Fauzi meninggal dunia pagi ini
Peguam dan aktivis AMANAH, Hisham Fauzi meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Perkara itu dimaklumkan adiknya menerusi Facebook yang memaklumkan Allahyarham meninggal jam 1.30 pagi tadi.
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang peguam yang istiqamah, berprinsip dan amat komited dalam memperjuangkan nilai-nilai keadilan dan kebenaran.
Katanya, sumbangan beliau dalam memperkukuh dasar dan gerak kerja parti amat besar dan tidak ternilai.
Sementara itu Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada semua yang pernah bersama beliau di medan ilmu dan perjuangan
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pegawai tugas-tugas khas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dahulu.
Beliau merupakan seorang peguam yang sering menjadi rujukan, khususnya dalam bidang guaman sivil.
BACA JJGA Peranan Malaysia damaikan Thailand, Kemboja sumbang positif keputusan tarif