Ramai tak tahu ini yang rakyat akan dapat dari RMK13
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bukan hanya menumpukan kepada pembangunan infrastruktur, tetapi turut memberi fokus besar kepada pembangunan sosial rakyat.
Kerajaan telah menggariskan pelbagai inisiatif melibatkan kesejahteraan, perlindungan sosial, kesihatan, pendidikan dan sokongan ekonomi bagi rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang (2026–2030).
Berikut 13 perkara yang rakyat bakal dinikmati menerusi RMK13 seperti yang dikongsikan seorang pengguna X, Farhan Zulkefly;
Ramai ingat RMK hanya untuk pembangunan fizikal. Tapi sebenarnya RMK juga fokus kepada pembangunan sosial.
So ini yang rakyat akan dapat dalam RMK KE-13 (2026 – 2030).
1) Dalam tempoh 5 tahun akan datang, bantuan tunai tahunan (STR) dan bantuan tunai bulanan (SARA) akan diteruskan dan diperluas.
SARA daripada 700,000 penerima kepada lebih 5 juta penerima.
2)Payung RAHMAH yang menjadi salah satu faktor inflasi sederhana sejak Madani ambik alih akan diteruskan selama 5 tahun lagi.
Menu RAHMAH (makanan RM5) + Jualan RAHMAH (30% diskaun barangan harian) akan diperluas dalam tempoh 5 tahun akan datang.
3) Untuk 5 tahun akan datang, bil Internet RAHMAH akan diperluas. Bil elektrik pula menggunakan sistem yang lebih efisien supaya lebih murah (seperti Julai hari tu).
4) Pas bulanan pengangkutan awam + subsidi penerbangan untuk pelajar diteruskan untuk 5 tahun.
5) Selepas ini, graduan TVET pun akan menikmati gaji minimum sendiri sepadan dengan kelulusan dan kemahiran mereka.
Gaji kehidupan wajar akan diperluas.
6) Ramai yang perli kata kerajaan abaikan sektor kesihatan.
Untuk rekod, RM40 Bilion ini peruntukan RMK untuk kesihatan yang tertinggi dalam sejarah.
7) Perumahan rakyat akan diteruskan melalui pembinaan 1 juta rumah mampu milik.
Skim Jaminan Kredit Perumahan akan diperluas untuk memudahkan golongan miskin dan sederhana memiliki rumah.
8) Program Gate to Global untuk Bumiputera ini termasuk orang asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kaum India dan Cina juga akan menikmati skim perniagaan.
Kesemua ini dibuat dalam keadaan hutang baharu semakin berkurang dan defisit menguncup.
Ini bermakna, Kerajaan MADANI bukan sekadar memastikan ekonomi rakyat terjamin, malah memastikan ekonomi negara turut terjaga untuk masa depan anak dan cucu kita.
BACA JUGA Ringkasan mudah faham apa yang diminta AS dan apa yang Malaysia tolak