Nama Anwar harum di Bangkok, jadi berita muka depan
Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tumpuan di peringkat serantau apabila wajah beliau terpampang di muka hadapan majalah mingguan terkemuka Thailand, Matichon Weekly.
Majalah edisi 1–7 Ogos 2025 itu memaparkan foto Anwar bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai ketika selesai rundingan dua negara di Putrajaya baru-baru ini.
Majalah itu memaparkan tajuk utama: Pertarungan Thailand-Kemboja: Penuh strategi ala ‘Trump’?).
Penampilan Anwar di kulit majalah tersebut dilihat sebagai satu penghargaan kepada peranan Malaysia menjadi perantara yang mendamaikan dua negara berkonflik.
Dalam satu gambar berasingan yang tular di media sosial, anak muda wilayah itu dilihat memegang poster lama yang merupakan ucapan tahniah kepada Anwar kerana dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-10.
Poster tersebut memuatkan bendera Malaysia dan wajah Anwar, dengan tulisan dalam Thai.
BACA JUGA Ramai tak tahu ini yang rakyat akan dapat dari RMK13