Beli Boeing 737 bazir duit rakyat? Tengku Zafrul perjelaskan

Pembelian 30 pesawat Boeing 737 yang digunakan sebagai faktor untuk mengurangkan kadar tarif Amerika Syarikat ke atas Malaysia diputuskan sebelum Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memutuskan untuk memperkenalkan tarif.

Tambahan pula keputusan tersebut telah dibuat oleh Malaysia Aviation Group.

Dan ini tidak melibatkan dana awam langsung, dedah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Beli pesawat Boeing ni membazir duit cukai rakyat?

“Pembelian pesawat ini sebenarnya adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dan dibiayai menggunakan dana syarikat, BUKAN duit cukai RAKYAT!

“Rancangan pembelian ini telah diumumkan SEAWAL MAC 2025 lagi, masa tu Presiden Trump BELUM umumkan tarif lagi! Tak percaya? Boleh tengok headline yang saya share sini!

“Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila Amerika Syarikat mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan. Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke US berbanding membeli barang dari US, jadi US cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25%.

“Kita ambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing ini. Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif!

“Pendekatan ini menunjukkan kepada AS bahawa kita juga pembeli besar produk mereka, dan akhirnya meyakinkan mereka untuk menurunkan tarif eksport kita dari 25% kepada 19%! 📉✈️

“Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara.”

Pembelian strategik ini telah digunakan sebagai faktor mengurangkan kadar tarif daripada 25% kepada 19%.

BACA JUGA: Ini usaha kerajaan demi sekolah pondok