Di sebalik pertemuan PM Anwar – PKR Sabah hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan PKR Sabah dalam lawatan sehari beliau ke negeri tersebut.
Pertemuan tersebut yang akan berlangsung pada pukul 11 pagi di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah dipercayai adalah berkaitan dengan persediaan pilihan raya negeri Sabah.
Ini adalah kerana pengerusi Gabungan Rakyat Sabah merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bersetuju untuk memasuki pilihan raya negeri bersama Pakatan Harapan.
Pada masa sama, BN juga mengumumkan perkara sama dengan PH. GRS pula tidak mahu bersama BN.
Semalam timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan bahawa Umno akan bertanding di sekurang-sekurangnya satu DUN di kesemua 25 kawasan parlimen Sabah.
Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud juga mengumumkan bahawa PH mahu bertanding di 25 hingga 26 kerusi.
Buat masa ini, GRS mempunyai 28 kerusi DUN, Umno 11 dan PH 7.
BACA JUGA: Ini antara eksport Amerika yang akan dikenakan tarif sifar peratus