Kaedah terbaharu edar dadah untuk elak hukuman gantung, penjara seumur hidup
Pengedar dadah kini menggunakan kaedah terbaharu dalam untuk mengedarkan dadah untuk mengelakkan diri daripada didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kaedah terbaharu ini diketahui susulan serbuan polis ke atas satu sindiket dadah di mana dadah bernilai RM4.9 juta dirampas.
Pengedar dadah mencampurkan dadah seperti ketamin dan Ecstasy dengan bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti kopi untuk mengelakkan diri daripada didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya.
Seksyen 39B akta tersebut memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Kegiatan mencampurkan dadah dengan serbuk kopi secara kimia, umpamanya akan memaksa pihak berkuasa mendakwa mereka di bawah Akta Racun 1952.
Campuran dadah dengan kopi umpamanya menyukarkan pakar forensik mengukur jumlah kandungan dadah yang ada secara tuntas kerana dadah tersebut tidak dapat diasingkan. Ini menyukarkan proses pendakwaan.
Menurut Ketua Polis Johor Datuk M Kumar, seorang Wanita Vietnam telah ditahan dalam serbuan pada 25 Julai, dipercayai menjalankan sindiket ini sejak bulan April.
Hasil serbuan dan tangkapan, polis turut berjaya menggeledah satu lagi unit kediaman yang digunakan untuk pembungkusan semula dadah.
BACA JUGA: Bil air Perlis paling mahal, kena perah lagi dengan parking berpalang