‘Suruh YB kamu cetak duit banyak-banyak, Pas buat apa untuk rakyat Kelantan?’

Cadangan supaya kerajaan mencetak lebih banyak duit untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat bagi tujuan berbelanja yang pernah disuarakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hingga hari ini masih diingati.

Itu antara sindiran yang menghujani hebahan program Pas mengenai program sembang malam ini bersama Wan Ahmad Fayhsal yang merupakan Ahli Parlimen Machang.

“Tak payah harap pada kerajaanlah. Suruh YB kamu cetak duit banyak-banyak. Lepas tu nak buat apa, buatlah,” sindir Kamarudin Che Din.

Warganet turut menempelak program yang dikatakan mengupas manfaat diperoleh rakyat di Machang daripada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai hanya sumbat otak penyokong sahaja.

Berkecek sama sendiri jadi jalan sehala. Setakat untuk sumbat otak penyokong sahaja? soal Baharin Abdullah.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat pendekatan sembang di atas talian itu sudah tidak relevan sebaliknya hasil kerja sepatutnya diutamakan.

Malah, netizen turut mempersoalkan peranan Pas yang telah lama menguasai Kelantan terhadap pembangunan di negeri tersebut.

Gapo Pas buat untuk rakyat Kelate?” tanya Ahmad Shafiqee pula.

BACA JUGA Mengapa Malaysia beli pesawat Boeing? Inilah fakta buat mereka yang suka ‘spin’