MP Pas dikecam dakwa usaha kerajaan nokhtahkan kemiskinan bercanggah fitrah
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh menjadi sasaran kritikan selepas mendakwa iltizam kerajaan untuk menokhtahkan kemiskinan tegar sebagai “bercanggah dengan naluri dan fitrah ketika Allah meciptakan manusia”.
Beliau mendakwa iltizam itu tidak lebih sekadar sembang kosong kerana di mana-mana negara pasti ada kemiskinan.
“Saya rasa kadang-kadang agak terkejut apabila perkataan menokhtahkan kemiskinan. Istilah sebegini sebenarnya dia jadi sembang kosong.
“Dia bercanggah dengan naluri dan fitrah sebenar yang Allah cipta manusia. Mana-mana negara mesti ada kemiskinan.
“Kalau tidak ada faktor kemiskinan, faktor orang yang susah, nak bina Parlimen ini takkan terbina. Kerana buruh kasar mesti bekerja. Bangsawan dia mesti ada peranan dia,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
Video beliau tular dan dikritik banyak pihak yang mempersoal kenapa wakil rakyat Pas berkenaan seolah dilihat anti dengan usaha membasmi kemiskinan.
Mereka turut menjelaskan bahawa matlamat kerajaan adalah untuk menoktahkan kemiskinan tegar, yang merujuk kepada golongan paling miskin di bawah garis kemiskinan.
Pada masa sama, tindakan beliau itu MP Pas itu nampaknya ‘makan diri’ apabila ramai membalas patutlah Kelantan sendiri antara negeri termiskin. Ia kerana wakil rakyat sendiri suka rakyatnya terlihat miskin.
Ada juga yang menjelaskan bahawa slogan menokhtahkan kemiskinan adalah untuk menunjukkan kesungguhan dan usaha kerajaan membasmi kemiskinan dalam negara.
BACA JUGA Hero rundingan tarif yang tidak diketahui ramai