PM dijangka jawab isu rundingan damai Thailand-Kemboja, peningkatan hutang negara

Perdana Menteri dijangka menjawab dua isu panas di Dewan Rakyat pagi ini berkenaan peranan Malaysia menjadi orang tengah dalam rundingan damai Thailand, Kemboja serta berkenaan hutang negara

Menurut aturan mesyuarat, Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai peranan Malaysia dalam usaha menjayakan rundingan perdamaian dan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang mencapai kata sepakat untuk menghentikan konflik sempadan antara kedua negara tersebut.

Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab memandangkan hutang naik daripada RM1,079.1 bilion pada tahun 2022 kepada RM1,247.6 bilion pada hujung tahun 2024 yang hampir mencecah 65% daripada KDNK.

Sementara itu bagi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Zahari Kechik (PN-Jeli) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam menangani masalah jemaah haji atau umrah yang sering tertipu oleh agen yang menyediakan pakej haji atau umrah.

Selain itu, beliau mahu tahu berapakah jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh jemaah haji dan umrah bagi tahun 2024 dan 2025

Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) pula minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk melindungi kepentingan usahawan daripada tekanan kos.

Hal demikian adalah kerana platform e-dagang arus perdana seperti Shopee, TikTok dan Lazada telah menaikkan komisyen jualan yang dikenakan ke atas penjual sejak kebelakangan ini.

BACA JUGA MP Pas dikecam dakwa usaha kerajaan nokhtahkan kemiskinan bercanggah fitrah