Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ dibebaskan dari penjara Narathiwat hari ini
Penyanyi dari Kelantan, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin akan dibebaskan dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat hari ini selepas sembilan bulan dipenjarakan.
Dia akan dibebaskan bersama-sama suami dan empat rakan yang lain.
Keputusan pembebasan dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya Thailand yang gagal untuk mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekarang ini sedang menguruskan surat pembebasan mereka sebelum diserahkan kepada pihak penjara.
Sebelum ini kesemya mereka ditahan atas dakwaan memiliki 6,059 pil Yaba tahun lalu dan ditahan oleh polis Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu.
BACA JUGA Selepas kes cerai meningkat, Terengganu lancar portal cari jodoh