ADUN Meru Ziarah Pasangan Warga Emas, Kagum Pengorbanan Suami Jaga Isteri Lumpuh

FOTO BERITA: Ziarah Salam Rahmah Jumaat bersama ADUN Meru, YB Mariam Abdul Rashid ke Keluarga Pakcik Ah Yauddin di Pangsapuri Meru Ehsan, Lorong Permai Meru, Persiaran Hamzah Alang, Meru, Selangor. 8hb Ogos 2025 (Jumaat)

Kisah kecekalan Ah Yauddin Ahmad, 63, yang setia menjaga isterinya, Roslina Yusuf, 57, walaupun dalam serba kekurangan, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, YB Mariam Abdul Rashid, menerusi program Ziarah Salam Rahmah Jumaat di Pangsapuri Meru Ehsan, Lorong Permai Meru, Persiaran Hamzah Alang hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat setempat selain menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian. YB Mariam turut meluangkan masa beramah mesra, mendengar sendiri luahan dan keperluan keluarga berkenaan.

Menurut YB Mariam, program seumpama ini menjadi wadah untuk mengukuhkan hubungan antara wakil rakyat dan komuniti, selain memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir daripada bantuan kerajaan negeri. “Pendekatan turun padang ini membolehkan kami memahami realiti kehidupan masyarakat serta memberikan bantuan secara terus kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagi Ah Yauddin, dia tidak sanggup meninggalkan isterinya, Roslina Yusuf, 57, yang lumpuh akibat angin ahmar dan kehilangan kaki kiri kerana kencing manis. Meskipun menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis, beliau tetap berniaga air balang di Meru dan Pantai Dalam demi menyara keluarga. Anak tunggal mereka, Siti Nur Aliah, 21, pula sanggup berkorban masa depan akademiknya untuk menjaga ibu serta membantu bapa mencari rezeki. Sumbangan juga diterima dari Pusat Pungutan zakat Selangor dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) berupa wang tunai dan majanan keperluan asas.

Program Ziarah Salam Rahmah Jumaat akan diteruskan secara berkala di seluruh kawasan DUN Meru sebagai sebahagian usaha memperkukuh semangat kebersamaan dan kepedulian sosial dalam kalangan penduduk.

k
Keluarga ini tular di media sosial dan menarik perhatian ramai pihak, namun Ah Yauddin menegaskan beliau lebih selesa mencari rezeki sendiri selagi mampu. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7000412397 atas nama Ah Yauddin Ahmad.