Kes Zara Qairina: Ini perkembangan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan bahawa PDRM perlu menjalankan siasatan lanjutan berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

“Laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenayah.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

Zara Qairina, 13 telah disahkan meninggal unia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.

Allahyarham telah telah ditemui dalam keadaan tidak sedar di longkang bersebelahan asrama sekolah agama di Papar pada 16 Julai.

Kematian allahyarham disyaki berpunca daripada buli.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina: KPM buat lebih 10 laporan polis, ramai sebar maklumat palsu