MB Pahang mahu pemilik Tanah Aina minta maaf dengan lebih baik
Pemilik dan pengasas Tanah Aina Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri perlu membuat permohonan maaf dengan lebih baik dengan menggunakan semua saluran yang digunakan untuk memfitnah kerajaaan negeri.
Menurut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri Pahang telah menanggung fitnah daripada fitnah Shariffa.
“Dia minta maaf tetapi dia tidak minta maaf seperti itu sahaja. DIa sepatutnya fire and fire, maknanya damage has been done.
“Jadi di mana saluran-saluran yang memfitnah kerajaan negeri, di situ dia harus memohon maaf. Contohnya di salah satu media sosial atau arus perdana, di situ beliau melontarkan fitnah kepada kerajaan negeri, di tempat sama beliau harus minta maaf.
“Contohnya kalua digunakan TV9, TV1 untuk fitnah kerajaan negeri, beliau kena gunakan balik saluran itu untuk mohon maaf dan perkataan fitnah itu harus digunaka,” katannya.
Wan Rosdy berkata demikian ketika mengulas permohonan maaf terbuka Shariffa pada Selasa menerusi TikTok.
Fitnah tersebut dibuat ketika mempertahankan operasi niaga Tanah Aina.
BACA JUGA: Tengku Zafrul kini ahli PKR cabang Ampang