Kubur Zara Qairina akan digali semula petang ini
Penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dibuat petang ini selepas permohonan perintah gali kubur dibuat tengah hari ini di IPD Papar.
Ia disahkan oleh peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri. Hamid dan Shahlan mewakili ibu arwah Zara, Noraidah Lamat.
“Permohonan perintah menggali kubur Zara akan didengar sekitar jam 1 tengah hari ini.
“Penggalian kubur akan dilakukan petang ini setelah perintah diperoleh,” katanya dalam kenyataan.
Zara Qairina sebelum ini dikebumikan di tanah perkuburan di daerah Sipitang.
Gadis berusia 13 tahun tersebut meninggal dunia dalam pekarangan sekolahnya di Papar.
Kematiannya disyaki berlaku kerana buli.
Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan semula kertas siasatan polis dengan arahan agar bedah siasat semula dilaksanakan ke atas jasad arwah.
BACA JUGA: Berhati-hati bila bercakap isu Zara Qairina