Kes Zara Qairina: Bukan anak saya yang terlibat, kata Datuk Dr Ariffin

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif menafikan dakwaan bahawa anak perempuannya terlibat dalam kematian Zara Qairina Mahathir.

Penafian ini dibuat berikutan hantaran media social yang mendakwa seorang pelajar bernama Farisha ialah anaknya turut terlibat dalam kejadian tersebut.

“Saya tidak mempunyai anak dengan nama itu dan tiada anak yang belajar di sekolah tersebut,” katanya.

Zara Qairina, 13, ditemui dalam keadaan tidak sedar diri setelah didakwa terjatuh dari bangunan sekolahnya di Papar, Sabah pada 16 Julai. Dia disahkan meninggal dunia keesokan hari di Hospital Queen Elizabeth I.

Susulan terdapat pelbagai dakwaan bahawa kematian ini mempunyai elemen buli dan anak beberapa orang kenamaan turut didakwa terlibat.

Ariffin mengesahkan beliau telah bertemu keluarga arwah semasa arwah mendapatkan rawatan dan empat hari selepas kematian Zara Qairina.

BACA JUGA: Kubur Zara Qairina akan digali semula petang ini