Tujuh gaya hidup sihat yang mungkin jadi rahsia PMX, nombor 4 bukan mudah
Oleh PUBLIC HEALTH MALAYSIA
Hari ini PMX genap 78 tahun. Kalau tengok cara berjalan, bercakap, dan tahap tenaganya… memang ramai akan kata “tak nampak pun macam dah 78.”
Ini bukan post politik ini sekadar pemerhatian tentang gaya hidup sihat yang mungkin jadi rahsia beliau.
Apa yang kita perhatikan, dan kenapa ia beri kesan:
1) Berat badan terkawal
Kalau tengok berat badan PMX terkawal. jantung akan lebih ringan bekerja, sendi kurang terbeban dan kulit cenderung nampak segar. Tak perlu kurus melidi, cukup berada di julat sihat dan konsisten.
2) Tidak merokok
Jika diperhatian beliau tidak merokok. Bibirnya pink dan tidak kelihatan seperti pengguna nikotin. Rokok mempercepatkan penuaan kulit kerana merosakkan kolagen dan aliran darah ke muka. Apabila tidak merokok, nafas lebih panjang, degupan lebih stabil, dan wajah kurang kusam.
3) Aktif bersenam, kerap jogging
Selalu tengok PMX bersenam. Pergi luar negara pun rajin brisk walk. Senaman ringan atau brisk walk sudah cukup untuk tingkatkan tenaga harian. Ringkasnya, apabila badan bergerak, muka pun ikut berseri.

4) Ketahanan mental yang kuat
Sudah tentu, berada di posisi beliau, ketahanan mental sangat tinggi. Mampu mengurus tekanan dan cabaran politik bertahun-tahun bukan satu perkara mudah.
5) Pemeriksaan kesihatan berkala
Dalam program-program kesihatan, PMX selalu buat pemeriksaan kesihatan. Saringan tekanan darah, gula, kolesterol, tangkap awal masalah “senyap” sebelum jadi besar.
6) Tidur cukup dan rutin konsisten
Ini paling penting. Tidur yang cukup bantu tubuh baiki tisu, mantapkan memori dan stabilkan hormon lapar.
7) Pemakanan seimbang dan cukup air
Kalau lihat pada diet beliau, lebihkan sayur, buah, protein berkualiti dan lemak sihat, kurangkan gula tambahan dan makanan ultra-proses.
Akhirnya, satu kunci besar: konsisten. Bukan sekali dua, tetapi tabiat kecil yang diulang hari-hari.
BACA JUGA Selepas lapan jam, bedah siasat Zara akhirnya selesai