Bila Amerika dan China bertelagah, Malaysia kaut untung
Pempengaruh TikTok China, Tianjiao berpandangan Malaysia merupakan negara yang mendapat untung dari perang tarif di antara Amerika Syarikat dan China.
“Amerika bimbang dengan kebangkitan teknologi China. China telah mengembangkan sector pembuatan dan semi konduktornya di Malaysia,” katanya.
Beliau turut menyenaraikan beberapa syarikat antarabangsa yang telah melabur dalam semi konduktor di Malaysia.
“Pada tahun 2023, Nvidia memindahkan operasi ujian dan pembungkusan cip kecerdasan buatan ke Pulau Pinang.
“Intel pula melaburkan US$700 juta di Malaysia untuk pembinaan kilang dan menjadikan Pulau Pinang hab ujian semi-konduktor global.
“Syarikat TNSC dari Taiwan juga mengagihkan peruntukan untuk penghasilan produk mereka di Asia Tenggara. Malaysia adalah sasaran utamanya.
“Syarikat China turut mengatasi pengharaman eksport Huawei Mate 60 ke AS dengan menjalankan operasi pengeluaran di Malaysia.”
Justeru itu beliau menasihatkan agar tidak sahaja melihat Malaysia sebagai pusat tumpuan pelancong.
“Ia (Malaysia) telah menjadi perantara yang paling banyak mengaut untung ekoran persaingan AS-China.
“Sekarang, pemenang sebenarnya adalah Malaysia,” katanya.
BACA JUGA: Kes Zara Qairina dah jadi isu politik, peguam pun dituduh bersubahat