Anak tiri TokTi saman Caprice
Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice atas dakwaan menerbitkan hantaran berbaur fitnah terhadapnya.
Muhammad Asyraf Khalid mendakwa Caprice telah memuat naik hantaran fitnah di platform Instagram yang merujuk kepada video teaser yang akan diterbitkan menerusi poadcast (audio siar) Asyraf.
Peguam Abdul Hakiem Aiman yang mewakili Asyraf berkata, hantaran berbaur fitnah itu diterbitkan sebanyak 30 kali menerusi platform defendan.
Peguam Abdul Hakiem Aiman yang mewakili Muhammad Ashraf ketika ditemui berkata, pihaknya memfailkan writ saman, pernyataan tuntutan dan permohonan injunksi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 4 Ogos lalu menerusi firma guaman Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co.
“Itulah fitnahnya. Kemudian, hantaran itu diterbitkan di platform defendan (Caprice) berkali-kali, lebih kurang 30 kali,” katanya.
Permohonan injunksi anak tiri TokTi itu sepatutnya didengar hari ini, namun ditangguh kepada 18 Ogos depan.
Permohonan injunksi berkenaan bagi menghalang Caprice daripada menerbitkan atau mengulangi hantaran berbaur fitnah dan memaksa beliau memadamkannya daripada mana-mana platform serta-merta, yang tidak terhad kepada platform Instagram sahaja.
BACA JUGA NUNJI jayakan himpunan besar pertemukan ulama, guru pondok dan pemimpin negara