Drama penafian Takiyuddin, politik pura-pura PN
Naib presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penafian Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Perikatan Nasional (PN) tiada kaitan dengan saman yang mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli parlimen itu, sebagai politik pura-pura dan drama di mana pelakon menafikan pembabitannya di dalam adegan drama penting.
“Datang sidang media orang saman PM, tapi kata tak terlibat. Ini bukan politik matang, ini politik pura-pura.”
“Fakta mudah Takiyuddin hadir dalam sidang media Waytha Moorthy. Kehadiran seorang pemimpin kanan PN di pentas yang sama, pada isu sebesar ini, bukan sekadar “tersinggah minum kopi”. Ia adalah isyarat sokongan politik yang jelas kepada tindakan saman tersebut.
“PN tidak boleh berlakon seolah-olah mereka tidak tahu menahu, sedangkan pemimpin tertinggi mereka berada di barisan hadapan acara itu. Ini bukan kali pertama PN cuba main silap mata depan rakyat kata lain, di belakang buat lain.
Justeru itu, Mahfuz berkata bahawa Takiyuddin perlu menjelaskan sebab di sebalik kehadiran beliau di dalam sidang media tersebut.
“Kalau betul PN tidak terlibat, mengapa yb Datuk Takiyudin sendiri hadir?
“Apakah ini strategi politik untuk menyerang Perdana Menteri melalui pihak ketiga, sambil berselindung di balik tabir?
“Kalau berani, akui sahaja pendirian. Jangan hadir sidang media pihak yang menyaman PM, kemudian berpura-pura tiada kaitan. Rakyat tidak bodoh untuk percaya skrip drama politik seperti ini.
“Takiyuddin ni macam pelakon tambahan ada dalam babak penting, tapi lepas tu kata dia cuma lalu tepi set.”
BACA JUGA: Jabatan Peguam Negara jawab kes saman Waytha Moorthy Ponnusamy terhadap PMX