Wan Fayhsal bangkit isu gangster, ramai petik nama MP Pendang
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dibidas selepas membangkitkan isu gangsterisme dalam politik.
Reaksi warga maya itu susulan ulasan Wan Fayhsal terhadap insiden serangan dua individu ke atas anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, kelmarin.
Rata-rata mengingatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkenaan tentang perangai Ahli Parlimen Pas Pendang, Datuk Awang Hashim yang umum dikenali buat kecoh dalam sidang Dewan Rakyat.
“Budaya gangsterisme dalam politik perlu dihapuskan!
“Apa jaminan kerajaan Madani yang kes sebegini tidak berulang?!” kata Wan Fayhsal menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Susulan itu, netizen menempelak sikap Wan Fayhsal yang mempertikai kerajaan Madani ketika terdapat ahli Parlimen dari Perikatan Nasioal (PN) sendiri yang membudayakan gangsterisme.
“Pendang macam mana pula?
“Machang tolong nasihat Pendang lagi bagus. Dulu Machang kena gantung 6 bulan, Pendang elok bagi 12 bulan.
“Tak perlu jaminan. MP pembangkang yang harus berubah sikap. Kamu tu MP harus tunjukkan contoh baik. Jangan sekolah saja ada buli, Dewan Rakyat juga ada gangster.
“Dalam Parlimen nak bertumbuk,” demikian antara komentar warganet yang membanjiri ruangan komentar bagi hantaran Wan Fayhsal itu.
BACA JUGA Selepas akui keluarga diugut, ini pendirian Rafizi