Boleh cecah RM100,000 sebulan, pengakuan Ruhainies ini jadi bualan

Ramai dilihat ‘terangkat mata’ dengan pengakuan pelakon, Ruhainies, 33, apabila mendakwa pendapatannya mampu mencecah sehingga RM100,000 sebulan.

Dia berkata pelbagai sumber pendapatan berjaya dijana termasuk menjadi duta jenama, melakukan pemasaran afiliasi, berlakon dan berkolaborasi bersama pelbagai syarikat.

Aktres yang sebelum ini heboh diperkatakan mengenai hubungan dengan seorang penyanyi itu memberitahu beliau telah terlibat kira-kira 10 tahun dalam industri hiburan.

“Pendapatan saya sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

“Di Instagram saya mempunyai 1.7 juta pengikut, manakala di TikTok lebih 700,000 pengikut,” katanya menerusi satu temu bual yang membincangkan jumlah pendapatan secara terbuka.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut memberitahu dia membelanjakan wang untuk penjagaan diri, perbelanjaan hidup dan kos operasi yang agak tinggi.

“Daripada segi pemilihan barangan pula, saya lebih fokus kepada kualiti. Jika sesuatu produk itu sesuai, sudah tentu saya akan membelinya,” kata pelakon kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu lagi.

Namun, video asal temu bual bersama Ruhainies itu sudah diturunkan tetapi pihak lain telah memuat naik semula di media sosial.

BACA JUGA Malaysia kini ekonomi Islam terkuat di dunia