Agong titah MINDEF batal cadangan beli helikopter lama
Yang di-Pertuan Agong menitahkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang sudah berusia lebih 30 tahun.
Sultan Ibrahim yang juga pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengingatkan MINDEF supaya tidak mengulangi kesilapan lalu.
“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara second-hand.
“Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri.
“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan agent atau bekas jeneral yang menjadi salesman, malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual drone.
“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah, maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya.
“Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah baginda menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.
BACA JUGA Boleh cecah RM100,000 sebulan, pengakuan Ruhainies ini jadi bualan