Catat sejarah bila Trump bertemu Putin di Alaska
Pertemuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Alaska mencatatkan sejarah sejak Ukraine diceroboh.
Kehadiran Putin penuh simbolik apabila beliau dan Trump tiba dengan pesawat presiden masing-masing di Pangkalan Udara Elmendorf yang merupakan pangkalan terbesar AS yang pernah memainkan peranan penting semasa era Soviet.
Trump dilihat mesra menyambut kedatangan Putin dan bertepuk tangan, yang kali terakhir ditemuinya enam tahun lalu.
Mereka kemudian beriringan sambil berjabat tangan di pentas bertulis ‘Alaska 2025’ sebelum menuju ke bilik mesyuarat rasmi.
Lapor AFP, Putin turut menaiki limosin presiden AS, ‘The Beast’ bersama Trump sebelum rundingan mengenai Ukraine bermula.
Putin semasa pertemuan itu tersenyum dan bergurau dengan media selain cuba mengambil hati Trump dengan menyatakan perang Ukraine tidak akan berlaku jika Trump menggantikan Joe Biden pada 2022.
Bahkan, Putin juga dilapor berjanji untuk bertemu lagi sambil mengucapkan “next time in Moscow” (selepas ini di Moscow).
BACA JUGA Boleh cecah RM100,000 sebulan, pengakuan Ruhainies ini jadi bualan