Tolong bersama saya berjuang hingga akhir hayat – Ibu Wan Ahmad Faris

Semalam telah diadakan himpunan solidariti ‘Justice for Faris’ bagi menuntut pihak berwajib membuka semula siasatan jenayah terhadap kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman.

Dalam himpunan itu, ibu kepada Allahyarham yang dikenali sebagai Ibu Ani, 70, merayu orang ramai untuk terus bersamanya berjuang demi keadilan anaknya.

“Saya masih berjuang untuk anak saya. Selagi hayat saya ada, saya terus berjuang untuk Wan Ahmad Faris.

“Saya harap semua berterusan lah bersama saya untuk menegakkan kebenaran untuk Wan Ahmad Faris,” katanya.

Mengenai kes Wan Ahmad Faris, pihak keluarga telah mendesak siasatan jenayah tidak lagi dikendalikan oleh pasukan penyiasat dari Kelantan, sebaliknya pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, memandangkan kes ini adalah berkepentingan awam.

Terdahulu pada Disember 2013, mayat Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.

BACA JUGA Budak ni buat perangai, dia langsung tak hormat keputusan Majlis Tertinggi