Kes Zara Qairina: Tiada usaha menutup atau melewatkan kes polis

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa tiada usaha dibuat oleh polis untuk menutup atau melewatkan siasatan polis di dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Beliau mengakui ada berlaku non-compliance dari sudut prosedur tetapi ia tidak menggugat integriti penyiasatan.

“Ada tuduhan bahawa ada usaha tutup kes, usaha manipulasi, ini tuduhan serius.

“Ia tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa sejak awal.”

Beliau menjelaskan non-compliance berlaku kerana penyiasat akur kepada ibu mangsa yang mahu jasad Zara disemadikan secepat mungkin.

Saifuddin turut menyatakan siasatan polis sekarang menjurus kepada buli, pengabaian dan gangguan seksual.

BACA JUGA: Inkues kematian Zara Qairina ditetapkan selama 19 hari