PSM tolak pakatan pembangkang, ini sebabnya
Parti Sosialis Malaysia telah menolak kemungkinan menyertai pakatan pembangkang yang diumumkan oleh presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin kerana kebanyakan parti yang menganggotai pakatan tersebut memainkan isu perkauman.
Pengerusi PSM Dr D Michael Jeyakumar berkata keputusan tersebut dicapai setelah perbincangan dalaman.
“Di dalam pakatan yang diusahakan oleh Muhyiddin, banyak parti yang memainkan isu perkauman.
Tak kira parti Melayu atau India, mereka memainkan isu perkauman dan kami tidak selesa dalam pakatan sedemikian, kata beliau, lapor FMT.
Beliau turut menjelaskan bahwa partinya tidak akan menganggotai pakatan tersebut selagi parti-parti tersebut tidak mengubah cara mereka.
Dalam pada itu, parti tersebut akan turut bertemu parti Muda yang mempunyai pakatan pilihan raya untuk memahami mengapa Muda menyertai pakatan yang diusahakan oleh Muhyiddin.
Semalam sejumlah 11 parti politik pembangkang bersetuju membentuk satu pakatan yang akan memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melunaskan janji reformasi.
Parti – parti tersebut adalah Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, MIPP, Putra, Berjasa, Urimai, Malaysian Advancement Party (MAP) dan Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).
BACA JUGA: PN claims loose coalition, but PSM did not attend