Pembayaran KWSP secara bulanan kepada penjawat awam, dah buatkah?

Pelaksanaan caruman KWSP secara bulanan kepada penjawat awam masih di peringkat kajian dan tidak dilaksanakan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa.

“Pelaksanaan caruman KWSP kepada penjawat awam masih di peringkat kajian oleh kerajaan.

“Antara perkara yang diteliti adalah cadangan pembayaran selepas persaraan secara bulanan termasuk penetapan jumlah yang boleh dikeluarkan berbanding jumlah yang perlu ditinggalkan di dalam akaun pesara.

“Jumlah yang sesuai adalah penting bagi memastikan baki simpanan dapat menjana bayaran dividen yang signifikan dan dapat memenuhi keperluan pesara bagi tempoh yang lebih panjang,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu).

Ahmad meminta justifikasi kerajaan mencadangkan pelaksanaan pembayaran KWSP secara bulanan kepada penjawat awam dan bagaimana kerajaan merancang memastikan cadangan ini tidak menjejaskan hak pencarum untuk memilih kaedah pengeluaran mengikut keperluan hidup.

BACA JUGA: Ini bukan sebab anak VVIP, ini undang-undang Malaysia, kata peguam keluarga Zara