Syukur SARA dah masuk, ada yang tak sedar layak bantuan bulanan sampai terkumpul RM500
Hari ini, rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off yang diumumkan kerajaan sebagai sebahagian penghargaan negara kepada rakyat.
Bantuan tersebut melibatkan bayaran RM100 seorang bermula 31 Ogos sehingga hujung Disember. Menariknya, ia diberi kepada 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia.
Di sosial media, orang ramai mula melakukan semakan kelayakan dan rata-ratanya menyatakan rasa syukur dengan bantuan yang disalurkan.
Namun ada juga rupa-rupanya penerima bantuan SARA yang selama ini tidak mengetahui mereka layak untuk menerima bantuan setiap bulan.
Seorang pengguna Thread, Wan Husna, berkata, dia sendiri baru mengetahui dia mempunyai baki RM500 yang masih belum digunakan kerana tidak menyedari dia layak menerima bantuan bulanan.
“Korang, yang keluar baki RM0.00 (di aplikasi) maksudnya korang layak dapat yang PMX umum RM100 one-off untuk setiap individu itu.
“Bermula 31 Ogos hingga akhir bulan 12. Saya ni baki RM500 sebab dari bulan 4 haritu lagi masuk cuma tak tahu.
“Jadi setiap bulan duit MyKasih masuk, memang tak guna untuk shopping. Dia terkumpul, sebab itu ada RM500,” tulisnya.
Sementara itu di Facebook, orang ramai mengucapkan syukur terima kasih kepada kerajaan.
“Alhamdulillah. Rezeki hasil negara dikongsi bersama. Terima kasih PMX,” kata Zairol.
Penghargaan SARA dibuat secara one-off sempena Hari Kebangsaan dan boleh dimanfaatkan sehingga 31 Disember 2025, manakala MyKasih SARAadalah elaun bulanantanpa tunai (cashless) yang dikreditkan secara automatik kepada penerima miskin dan miskin tegar di Malaysia.
Penerima boleh membeli lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori.
Ini termasuk makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.
BACA JUGA Tabung Haji: Ini senarai 23 syarikat didedah Menteri Agama